mari klik disini ya sahabat sekalian!!!~muahxx...

Tuesday, June 14, 2011

Konspirasi Dunia - Obelisk



Monumen di Washington DC

Apa itu Obelisk? Pasti ramai daripada kita pernah terlihat binaan ini. Tetapi apa sebenarnya Obelisk ini? 
Kenapa ia berada di serata dunia, termasuklah di negara kita, Malaysia sendiri? Sebenarnya ada maksud tersirat yang tersembunyi dari binaan ini..

Obelisk sebenarnya berasal dari Tamadun Mesir purba. Obelisk dibina untuk melambangkan Tuhan Matahari (Ra) dan mereka percaya Ra wujud bersama Obelisk ini. Mereka telah membina lebih kurang 29 buah obelisk untuk Tuhan Ra mereka. Obelisk juga dikenali dengan nama ‘Cleopatra Needle’ dan diasaskan dari ‘Sun Pillar’.

Sun Pillar

Tahukah kita kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah “obelisk” hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu. Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul.

Ketika menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat: Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih (Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya)

Pada zaman dahulu kala obelisk diperbuat dari seketul batu yang diukir (monolith). Perkataan ‘obelisk’ berasal dari ketamadunan Greek. 
Obelisk yang berasal dari Egypt (semasa zaman Firaun) merupakan yang tertinggi sekali terletak di hadapan bangunan Basilica of St. John Lateran, RomeItaly
Semasa zaman kegemilangan Constantinople, maharajanya iaitu Theodosius I bagi bahagian timur Turki, telah meletakkan sebuah obelisk di Hippodrome of Constantinople, Turki. Tidakkah penganut Kristian sedar yang agama mereka telah diubah menjadi agama Pagan? Ajaran asal Nabi Isa a.s tidak mengajar mereka mengagungkan binaan syaitan ini!

Terdapat 28 lokasi yang terletaknya obelisk asal dari zaman Firaun iaitu di:

Mesir (8 buah)
Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor.
Pharaoh Ramses II, Luxor Temple.
Pharaoh Hatshepsut, Karnak Temple, Luxor.
Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo.
Pharaoh Ramses III, Luxor Museum.
Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo.
Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport.
Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor. 
United Kingdom (4 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatra’s Needle”, di Victoria Embankment, London.
Pharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of Durham.
Pharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, Dorset.
Pharaoh Nectanebo II, British Museum, London.
Italy (11 buah termasuk 1 di Vatican City & 8 di Rome)
Piazza del Duomo, Catania (Sicily).
Boboli Gardens (Florence).
Urbino
Poland (1 buah)
Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan.
(pinjaman dari Ägyptisches Museum and Papyrussammlung, Berlin)

Turki (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul.
Perancis (1 buah)
Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris
srael (1 buah)
Caesarea obelisk.
Amerika Syarikat (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatra’s Needle”, di Central ParkNew York.

Juga terdapat beberapa buah obelisk rekaan (bukan objek asal zaman Firaun) yang dibina dibeberapa buah negara didunia seperti di Argentina, Brazil, Amerika, Australia dan lain-lain.

Pasti ramai antara kita yang tidak tahu atau perasan tentang kewujudan obelisk di Malaysia. Rupanya Malaysia juga tidak terkecuali membuat binaan dajjal ini. Obelisk Malaysia terletak di Precint 2, Putrajaya.
Berikut adalah petikan dari laman web Malaysia Travel Guide;

"This is the city’s own version of the Washington Monument inWashingtonDC. Considered to be the national monument of Putrajaya, the Millennium Monument is a metal obelisk that stands 68 meters tall and is located within a 25-hectare park situated in Precinct 2. The etchings adorning the monument depict key moments and events ofMalaysia’s history."
Obelisk di Presint 2 Putrajaya

Sabda Rasullulah:
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan) -Hadis Riwayat Abu Daud.

Maksud Surah Luqman Ayat 13:
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:
”Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”.
ermm...bukan setakat putrajaya je tapi ade di 

Memorial Perang Dunia Pertama 
kota bharu,kelantan dan penang chinese anti war memorial di pulau pinang...same sangat dengan obetisk yg ada di seluruh dunia...


Memorial Perang Dunia Pertama

Merupakan mercu tanda bersejarah di Bandar Kota Bharu. Nama asalnya Padang Bank dan ianya telah diberi nama Padang Merdeka sempena kemerdekaan Negara yang telah dicapai pada tahun 1957. Pengunjung-pengunjung akan dapat melihat Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama yang memberi perhargaan kepada wira-wira tempatan yang telah terkorban.


Padang Merdeka juga adalah tapak di mana mayat Pahlawan Melayu Tok Janggut, pernah digantung. Hari ini Padang Merdeka adalah lokasi bagi acara-aara perarakan dan upacara-upacara rasmi.
penang chinese anti war memorial


No comments :

Post a Comment